"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

Khamis, Disember 24

the BIBLE

Khamis, Disember 24 0

1) ‘Bible’ berasal daripada perkataan Greek ‘Biblos’ yang bermaksud Collection of Books (himpunan beberapa buah buku).

2) Ini adalah kerana kitab Bible merupakan sebuah buku besar yang menghimpunkan beberapa buah buku kecil yang ditulis oleh penulis-penulis yang berbeza.

3) Kitab Bible terbahagi kepada 2 bahagian; The
Old Testament (Perjanjian Lama) yang mengandungi 39 buah buku kecil, dan The New Testament (Perjanjian Baru) yang mengandungi 27 buah buku. Maka jumlah kesemua buku-buku kecil di dalam kitab Bible adalah 66 buku menurut mazhab Protestant. Manakala bagi mazhab Roman Catholic pula, mereka menambah 7 buah buku lagi ke dalam kitab Bible mereka dan menjadikan jumlah keseluruhannya 73 buah buku.

4) Kitab Bible mempunyai beberapa
versi yang sangat berbeza antara satu sama lain. Antara versi yang terkenal adalah King James Version, Revised Standard Version dan kini, New International Version.

5) Perbezaan versi kitab Bible adalah sangat berbeza dengan perbezaan versi terjemahan Al-Quran, kerana perbezaan versi terjemahan Al-Quran hanyalah melibatkan perbezaaan dalam pemilihan kata yang sesuai dan ianya bergantung kepada penterjemah itu sendiri. Manakala perbezaan versi di dalam kitab Bible pula melibatkan penambahan serta pengurangan ayat yang difikirkan sesuai oleh golongan cerdik pandai mereka.

6) 5 kitab pertama di dalam Old Testament; iaitu Genesis, Exodus, Leviticus,Numbers & Deutronomy, dipercayai oleh penganut Kristian sebagai telah diwahyukan kepada
Nabi Musa a.s. Namun ianya bukanlah kitab Taurat sepertimana yang diimani oleh umat Islam, kerana jika dikaji dari sudut bahasa, ia merupakan catatan sejarah yang sebenarnya ditulis oleh pihak ketiga, bukannya oleh Nabi Musa a.s. sendiri.

7) Manakala 4 buku pertama di dalam New Testament pula; iaitu Matthew, Mark, Luke & John, dinamakan sebagai Gospels; iaitu kitab yang mencatat perjalanan hidup
Nabi Isa a.s.

8) Old Testament yang asal dipercayai telah direkodkan menggunakan bahasa Hebrew (Ibrani), manakala New Testament pula dipercayai telah direkodkan menggunakan bahasa Greek. Kemudiannya ianya telah diterjemahkan kepada pelbagai bahasa dari seluruh dunia, termasuklah bahasa Inggeris, bahasa Melayu, bahasa Indonesia dan bahasa Arab.

9)
Konsep kepercayaan golongan Kristian terhadap Kitab Bible adalah sangat berbeza jika hendak dibandingkan dengan konsep kepercayaan umat Islam terhadap Al-Quran.

10) Mereka tidak berpegang kepada konsep ‘Verbal Revelation’ (wahyu secara harfiyyah atau perkataan demi perkataan) sepertimana yang umat Islam percaya terhadap Al-Quran.

11) Bagi umat Islam, wahyu yang diturunkan oleh Allah s.w.t. melalui perantaraan Jibrail a.s. dalam bahasa Arab kepada Nabi Muhammad s.a.w. tidak akan
berubah kandungannya, mahupun struktur ayatnya walaupun satu huruf sehinggalah hari Kiamat. Perbezaan akan wujud hanya di dalam versi terjemahan yang berbeza, kerana penterjemah yang berbeza semestinya mempunyai pemilihan kata yang berbeza.

12) Namun bagi golongan Kristian, mereka mempercayai bahawa ‘Holy Spirit’ atau ‘Ruhul Qudus’ (dipercayai sebagai elemen ketiga dalam konsep trinity selain Tuhan Bapa & Jesus) telah memberi ilham kepada individu-individu tertentu untuk menulis wahyu yang hendak disampaikan berdasarkan kefahaman masing-masing.

13) Kerana itulah para pengkaji Bible amat pelik melihat persamaan teks (perkataan demi perkataan) yang terdapat antara 2 Kings 19:1-37 dan juga Isaiah 37:1-37. Tidak mungkin 2 individu berbeza yang jarak masa antara satu sama lain menjangkau ratusan tahun (kerana 2 Kings merupakan salah satu buku daripada Old Testament, manakala Isaiah merupakan salah satu buku daripada New Testament) mempunyai pemilihan kata yang sama dalam mengarang sesuatu teks tertentu secara kebetulan.

14) Dalam undang-undang penulisan dan karangan, ianya dinamakan sebagai ‘Plagiarism’ atau ciplak.

15) Terdapat juga beberapa buah buku di dalam New Testament (seperti Hebrews) yang sehingga kini
masih belum dapat dikenal pasti lagi siapakah penulisnya.

sumber: iluvislam

Ahad, Disember 20

Ooobat Gigi

Ahad, Disember 20 1


Kalo kita tengok iklan kat TV, banyak jugak ubat gigi yang ade Flourida ni. Dalam skrip iklan, kita dapat dengar pelakon2 iklan bersungguh2 melaungkan kebaikan Flourida ni. Tapi kita tau ke Flourida tu ape?? Betul ke ia benar2 menguatkan dan menyihatkan gigi?

Dan sebaliknya kalo kita bandingkan ubat gigi keluaran Islam, ubat giginya tidak dicampurkan dengan Flourida. Kenapa ya??


Ape2 pun, better la kita mengelakkan benda2 yang membawa kemudaratan terhadap diri kita.
So, marilah kita pakai ubat gigi keluaran HPA, kerana...

a) ia diiktiraf oleh HALAL oleh JAKIM
b)diperbuat daripada sumber semulajadi
c)tidak mengandungi gelatin dan serbuk tulang
d)TIDAK MENGANDUNGI FLOURIDA dan bahan kimia yang merbahaya

Khamis, Disember 17

salam one four three one!

Khamis, Disember 17 0


Hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad melalui Mu’awiyah, ia berkata,
“Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda,
“Hijrah tidak akan berakhir selama taubat masih lagi diterima, dan taubat masih terus diterima sehingga matahari terbit dari Barat.”




Rabu, Disember 16

aku JATUH!

Rabu, Disember 16 2
Jatuh lagi?

Tak taw nak tulis ape
Yang pasti sem ni result aku jatuh teruk
Dari 3 ke 2
Tak taw kenapa result aku jatuh teruk sangat?
Salah lecture ke?
Salah marking paper?
Salah teknologi??
Owh..!
Siapa aku untuk mempersoalkannya??
kerana semua ini adalah percaturan dari Yang Maha Kuat

aku tengok cermin..
bukak mata luas2
dan meneliti setiap 'kerosakkan' yang aku buat
dan ternyata..
memang banyak 'kerosakkan' yang telah aku lakukan!
dan sememangnya aku sangat LAYAK menerima 'kejatuhan' ini

Walau camne pon...
status "LULUS" telah menyelamatkan aku
aku masih dapat meneruskan pembelajaran
Takde 'under observation'
Takde paper repeat
Dan tak kene extend semester
Alhamdulillah...sesungguhnya Kau Maha Pemberi Nikmat!

Dan dengan bekalan pointer yang agak ciput
aku taklah mengalami sindrom 'frust menonggeng'
sampaikan makan pun tak lalu
mandi tak basah
tido pun tak lena...
sebab ni bukan kali pertama aku 'jatuh'
dan bukan kali terakhir aku jatuh
bagi aku jatuh adalah sebahagian dalam kehidupan
siapa yang tak pernah jatuh.....dia takkan pernah menikmati hidupnya

Sedih?.....
tidak
Gembira?....
jauh skali

kerana...

Segala yang terjadi pasti ada hikmahnya
......fikir2kanlah.....

Jumaat, Disember 11

Hukuman Rasuah: Malaysia vs China

Jumaat, Disember 11 0

Rasanya tidak perlu diperjelaskan dengan lebih lanjut isu diskriminasi hukuman rasuah yang sedang berlaku di negara kita. Sama ada sangkal atau tidak, sekurang-kurangnya gambar di bawah ini boleh menceritakan segala-galanya.


Zheng Xiaoyu yang merupakan bekas ketua industri makanan dan ubat China telahpun dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Beijing kerana rasuah dan mengabaikan tugas.

Zheng, 62 tahun merupakan pengarah pertama Jabatan Pentadbiran Negeri dan Ubat (SFDA) pada 1998 sehingga dia diberhentikan pada Jun 2005.

Zheng yang disiasat dan dipecat daripada parti komunis pada Mac, dibicarakan sejak 16 Mac kerana didakwa mengambil rasuah lebih daripada 6.4 juta Yuan (RM2.9 juta) dan mengabaikan tanggungjawabnya terhadap tugas.

Apa yang anda semua boleh gambarkan dan jelaskan daripada 2 berita yang berbeza daripada gambar di atas?

Rabu, Disember 9

n o t h i n g

Rabu, Disember 9 0
Bosannye aku!!!

Itu je la kata2 yang mampu aku ungkapkan... tengok tv?? ARgh!! Cukup lah!! Da jenuh jari aku menekan2 button remote tv aku. Bukak TV je....sume hiburan! Sume nyanyi2! Menari2!! Terloncat sane..terloncat sini.. Manekah drama2 Melayu sume! Kenape asek drama Indon yang dihidangkan!!

Maaf..terlalu beremosi sket

Secara jujurnya.....aku tersangat bosan sejak balik bercuti ni. Aku ingatkan cuti ni aku nak luangkan mase aku untuk menonton rancangan2 kegemaran aku kat tv je tapi ape yang aku harapkan sume musnah. Dari awal pagi sampai la tengah malam...asek program nyanyi2 je. Drama dan movie langsung tarak! Kalo ade pun (yang best la..) drama Cinta Balqis yang kat tv3 tuh..tu je la yang aku tengok. Tapi tu la..masalahnye masenye tak seswai. Stat 6.30pm-7.30pm (orang nak solat Maghrib). Nak letak drama pun bio la petang2 cam kul 2-6 kew... tapi time cenggini depa p letak cite Indon lak. Dah tu yang jenis merepek meraban. Dah ler..kalo aku emo camni pun bukannye orang tv3 tu dengo. Hurm....da abes membebel2 ni.....ape la aku nak buat time cuti nih..??

Pi la kua jenjalan ngan kawan...
jenjalan mendernyer...poket semakin menipis. Kene saving tuk sem depan lak!

Melancong ngan keluarga kew??
Adik tengah SPM. So...sume kene kuarantin dalam umah.

Bace buku?
last skali mesti tetidonyer

Kemas2 umah?
pasti akan disepahkan balik oleh Sara dan Lisa.

Berfacebooking??
ramai kawan2 tak on9...so tak syiok la nak berfacebooking.

Berblogging?
takde bende nak dicitekan. Dah kehabisan idea....

Blaja masak??
nak masak kene ade bahan masakan, then nak beli bahan masakan pun mestilah nak kene pakai duit lagi. Tengah saving ni..

Lukis komik??
taktaw nak stat camna....full idea tak mari lagi.

Bersenam??
Naik turun tangge dalam umah pun dikire bersenam dah

Tido??
takkan la sepanjang hari nak tido!


DAH TU KO NAK BUAT APE???!












walaucamne pon...aku tetap tak sabar menanti hari pemberian assignment!
sem 4!!!!tunggu akuh!

Selasa, Disember 8

40 terkaya di Malaysia..... namun..

Selasa, Disember 8 2



1. Robert Kuok - $10 billion (Kuok Empire, Shangri La, Wilmer International etc)

2. Ananda Krishnan - $7.2 billion (Maxis, Astro)

3. Lee Shin Cheng - $5.5 billion (IOI Group)

4. Teh Hong Piow - $3.5 billion (Public Bank)

5. Lee Kim Hua & family - $3.4 billion (Genting Berhad, widow of late Lim Goh Tong)

6. Quek Leng Chan - $2.4 billion (Hong Leong Group, Guoco Group)

7. Yeoh Tiong Lay & family - $2.1 billion (YTL Corp)

8. Syed Mokhtar AlBukhary - $1.8 billion (MMC, Johor Port, Malakoff)

9. Vincent Tan - $1.3 billion (Berjaya Group)

10. Tiong Hiew King - $1.1 billion (Rimbunan Hijau)

11. Azman Hashim - $700 million (AmCorp Group, formerly Arab-Malaysia)

12. William H. J. Cheng - $660 million (Lion Group, Parkson)

13. Lee Swee Eng - $495 million (KNM Group)

14. Ong Beng Seng - $470 million (Hotel Properties Ltd, Natsteel)

15. Lim Kok Thay - $345 million (son of late Lim Goh Tong, Genting Berhad)

16. Vinod Sekhar - $320 million (Petra Group, known for its Green Rubber Global)

17. Lee Oi Hian - $300 million (Kuala Lumpur Kepong or KLK)

18. Yaw Teck Seng - $295 million (Samling Group)

19. Anthony Fernandes - $290 million (AirAsia, Tune Hotels)

20. Mokhzani Mahathir - $285 million (Kencana, authorized Porsche importer son of former permier Mahathir)

21. Kamarudin Meranun - $280 million (AirAsia, Tune Hotels, Tony Fernandes’s lover *grin*)

22. Jeffrey Cheah - $275 million (Sunway Group)

23. Lee Hau Hian - $250 million (Batu Kawan, KLK, brother of Lee Oi Hian)

24. Chong Chook Yew - $245 million (Selangor Properties, widow – son is MD now)

25. Yaw Chee Ming - $240 million (Samling Group, son of Yaw Teck Seng)

26. G. Gnanalingam - $230 million (Westports Malaysia)

27. Lim Wee Chai - $200 million (Top Glove, world’s largest rubber gloves manafacturer)

28. Kua Sian Kooi - $195 million (Kurnia Asia, insurance)

29. Lau Cho Kun - $185 million (Malaysian Mosaic)

30. Abdul Hamed Sepawi - $180 million (Ta Ann, timber conglomerate)

31. David Law Tien Seng - $165 million (Australian iron ore MidWest, T.S. Law Holdings)

32. Tiah Thee Kian - $163 million (TA Enterprise)

33. Liew Kee Sin - $160 million (SP Setia)

34. Ahmayuddin bin Ahmad - $155 million (Westports Malaysia)

35. Eleena Azlan Shah - $150 million (Gamuda – largest individual shareholder)

36. Lin Yun Ling - $145 million (Gamuda – founder and MD)

37. Ong Leong Huat - $130 million (OSk Group)

38. Lim Thian Kiat - $115 million (former head of Multi-Purpose)

39. Khoo Kay Peng - $110 million (MUI, U.K. retailer Laura Ashley)

40. Nazir Razak - $100 million (Bumiputra Commerce Holdings, brother of deputy PM)

Dari 40 orang terkaya yang tersenarai di Malaysia hanya 8 orang Melayu Islam.Dari 8 orang ini berapakah pula yang benar-benar mahu membantu pembangunan Islam dan umatnya di Malaysia?Jika perkara ini tidak diendahkan maka tidak hairanlah ramai orang Islam di negara ini bagaikan merempat di negara sendiri....

Biar miskin harta....jangan miskin Iman..

FEEDJIT Live Traffic Feed